Friday, 2 January 2026

Notis Pandangan Awam - GnG tiada kelulusan MBDK

Maka dengan ini kami bagi pihak penduduk majoriti di sini MEMBANTAH dengan sekeras-kerasnya sebarang pelan untuk mewujudkan GnG, dan meminta supaya MBDK tidak memberi sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak untuk melaksana sebarang skim berpagar atau skim berpengawal.

Pihak penduduk majoriti di sini juga ingin pihak MBDK mengambil tindakan serta membubarkan skim sediada tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Kepada semua penduduk komuniti di sini - pastikan anda membantah skim yang tidak sah, skim yang tidak mendapat kelulusan dan jangan terpedaya dengan skim yang hanya menguntungkan setengah pihak tetapi membebankan komuniti dan masyarakat.

Justeru itu tidak hairan mesyuarat agung yang telah diadakan baru-baru ini hanya mendapat sambutan minoriti sahaja sebab majoriti penduduk di sini sudah tidak lagi menyokong GnG tidak sah ini. Kami telah terpedaya sekian lama bahawa skim di sini telah mendapat kelulusan daripada PBT. Harap bubar sahaja!

Sekian

Hidup Rakyat
Silent Majority

Featured Post

Manual Garis Panduan Komuniti Berpagar MPK

*Sumber: (Terimakasih & Penghargaan kpd MPK)