Friday, 10 April 2026

Maklum Balas Penduduk Majoriti kpd Notis Pandangan Awam MBDK - Kami tetap membantah untuk mewujudkan sebarang bentuk skim GnG di sini

Notis Pandangan Awam - GnG tiada kelulusan MBDK

Maka dengan ini kami bagi pihak penduduk majoriti di sini MEMBANTAH dengan sekeras-kerasnya sebarang pelan untuk mewujudkan GnG, dan meminta supaya MBDK tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk melaksanakan sebarang skim di taman perumahan bukan swasta atau strata.

Pihak penduduk majoriti di sini juga ingin pihak MBDK mengambil tindakan serta membubarkan skim sediada yang tidak memperolehi kelulusan sekian lama.

Kepada semua penduduk komuniti di sini - pastikan anda membantah skim yang tidak sah, skim yang tidak mendapat kelulusan dan jangan terpedaya dengan skim yang hanya menguntungkan setengah pihak tetapi membebankan komuniti dan masyarakat.

Kepada penduduk yang inginkan fasiliti "Gated Community", sila pindah ke Eco Ardence (Gated Community yang sah) atau mana-mana skim berpagar lain yang sah.

Justeru itu tidak hairan mesyuarat agung yang telah diadakan baru-baru ini hanya mendapat sambutan minoriti sahaja sebab majoriti penduduk di sini sudah muak dan tidak lagi menyokong GnG tidak sah ini. Harap bubar sahaja!

Sekian

Hidup Rakyat
Silent Majority
Kita Jaga Kita

Featured Post

Manual Garis Panduan Komuniti Berpagar MPK

*Sumber: (Terimakasih & Penghargaan kpd MPK)